Friday, October 31, 2008

Hukum Jual Beli Saham ~ Internet

Assalamu'alaikum wr wb.
# Artikel ini diterbitkan oleh suratkabar Berita Harian Singapura 28 Okt 2008 lalu. fokusnya adalah hukum jual beli saham menerusi internet. ada 4 Isyu yang diketengahkan bagi mengukuhkan bahawa jual beli saham menerusi internt adalah haram. Pertama: Isu Akad (transaksi), Kedua: Isu Pelaburan Wang Pelabur, Ketiga: Isu Gharar (ketidakpastian), Keempat: Isu Lembaga Penasihat Syariah.

Halalkah Jual Beli Saham Menerisu Internet
DR MUHAMMAD SHABRI ABD MAJID, pensyarah di Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Kita dengan mudah dapat membeli saham menerusi Internet di laman-laman seperti:
Swiss Cash Mutual Fund
I Love You Forever (www.iluf.biz)
www.ugifund.com
www.ABFund. biz
www.WinliFund.com
www.empay.com
www.buyebarrel.us
www.eaindex.com
www.fical.us
www.GlobalForex.us
www.Arabic. com
www.eracapital.com
www.e-investpro.com
www.GG-trade.com
www.smErtindex. net

Apakah saham yang dijual di semua laman ini sesuai dengan prinsip syariah? Jika tidak, apakah justifikasinya?

Majoriti ulama kontemporari termasuk Ketua Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata membeli saham menerusi Internet haram.
Di samping mengandungi unsur syubhah (meragukan) dan gharar (ketidakpastian), membeli saham menerusi Internet juga bertentangan dengan syariah. Setidak-tidaknya, ada empat alasan utama pengharaman pembelian saham menerusi Internet.

ISU AKAD (PERJANJIAN)
Perusahaan penerbit saham memberi jaminan kepada pembeli saham bahawa wang yang dilaburkan pembeli saham tidak akan rugi. Ertinya, pembeli saham tidak menghadapi risiko dan selalu akan memperolehi pulangan. Jaminan ini merosakkan akad pelaburan ala mudarabah.
Perusahaan sebagai pengusaha (mudarib) adalah pihak yang memegang amanah (yad al-amanah) terhadap modal yang dilaburkan pembeli saham (sahib al-mal).

Perusahaan tidak perlu membayar ganti rugi kepada pembeli saham jika modal yang dilaburkan mengalami kerugian, kecuali jika ia terjadi secara sengaja atau kerana kelalaian dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Ini bermakna segala kerugian pelaburan akan ditanggung oleh pelabur (pembeli saham).
Untuk lebih jelas, rujuk kitab Fiqh Mazhab Syafi'ie, Jilid 7, halaman 1319, Cetakan Pertama, 2005, yang merupakan terjemahan daripada kitab Al-Fiqh al-Manhaji.

Dalam operasinya, kebanyakan perusahaan penerbit saham ini menawarkan jumlah pulangan tertentu serta menjamin pulangan secara pasti sejak awal kepada pembeli saham.
Misalnya, Encik 'K' membeli saham sebanyak $10 juta untuk jangka masa lima bulan. Beliau dijamin mendapat pulangan dengan jumlah tertentu, katakanlah $2 juta atau 20 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan. Para ulama telah bersepakat bahawa jaminan pulangan yang ditentukan sebelumnya (pre-determined atau ex-ante) ini jelas bertentangan dengan syarat perjanjian pelaburan dalam Islam. Hukumnya haram kerana ia berbentuk riba.

Rasulullah saw bersabda:
'(Untuk mendapatkan) pulangan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin mutu barang yang dijual).' (Hadis Riwayat As-Syafi'ie, Ahmad, Ibnu Hibban, dan Abu Daud)

Menurut syariat, pembahagian hasil (profit-loss sharing) itu haruslah ditetapkan dengan peratus tertentu, bukannya dalam jumlah tertentu.
Misalnya, peratus pembahagian pulangan itu ditetapkan 50:50 (50 peratus pulangan itu dibahagi untuk perusahaan dan 50 peratus untuk pemegang saham).
Ertinya, semakin banyak pulangan yang diperolehi, semakin banyak jumlah pulangan yang diterima mereka.

Besarnya pembahagian jumlah pulangan yang diterima perusahaan dan pembeli saham tidak diketahui sebelum tiba masanya.
Cara penentuan pulangan yang tidak ditentukan sebelumnya (postdetermined atau ex-post) ini selari dengan syariat.
Bagaimanapun, jika perjanjian pelaburan yang dilakukan tidak berteraskan akad mudarabah tetapi dengan akad qardh (pinjaman).
Walaupun akad itu bersifat pinjaman, kerana pembayaran wang (modal campur pulangan) oleh perusahaan kepada pembeli saham ditunda hingga waktu tertentu dengan pulangan yang telah ditentukan, maka ia berbentuk riba yang diharamkan agama.

ISU PELABURAN WANG PEMBELI
Pembeli saham (pelabur) harus berusaha untuk mengetahui di manakah wang mereka dilaburkan.

Jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang diharamkan, seperti di industri arak, pelacuran, perjudian, penternakan babi, instrumen riba dan urus niaga mata wang asing (currency market), maka pulangan daripada pelaburan itu haram.

Fakta menunjukkan bahawa banyak sekali perusahaan penerbit saham yang mencampuradukkan antara pelaburan di sektor-sektor halal dengan haram dan syubhah.
Urus niaga mata wang asing yang halal adalah transaksi pertukaran mata wang asing yang serah terimanya (taqabudh) berlaku pada saat transaksi terjadi, seperti pertukaran mata wang asing ketika kita berpergian keluar negara kerana ia merupakan keperluan transaksi di negara bersangkutan. Jika serah terima mata wang asing tidak berlaku pada waktu yang sama seperti penyerahan tertunda, maka transaksi itu bertentangan dangan syariat.
Hal ini selari dengan Sabda Rasulullah saw:
'Emas dengan emas (ditukar atau diperdagangkan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar langsung (pada waktu bersamaan) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disyukai.' (Hadis Riwayat Muslim)

ISU GHARAR (KETIDAKPASTIAN)
Isu ini terkait dengan besarnya kemungkinan para pelabur (pembeli saham) akan ditipu oleh perusahaan penerbit saham.
Banyak perusahaan penerbit saham yang tidak menerbitkan atau menyembunyikan status, identiti, keadaan kewangan serta kegiatan perniagaan yang diterajui.

Transaksi pembelian saham hanya dilakukan menerusi Internet dan segala perjanjiannya juga dibuat melalui Internet.
Banyak yang membeli saham menerusi Internet kerana tergiur dengan pulangan tetap yang dijanjikan.
Ada juga yang beralasan sekadar mencuba nasib dengan hanya melaburkan wang sedikit, namun berharap menjana untung yang banyak.
Biarpun jumlah wang yang dilaburkan itu sedikit, pada hakikatnya wang itu adalah amanah Allah yang wajib kita jaga dan akan diminta pertanggungjawabannya pada hari akhirat kelak. Kita tidak boleh menggunakannya di sektor yang mengandungi elemen gharar.

Rasulullah bersabda:
'Nabi saw melarang daripada berjual beli dengan kewujudan gharar.' (Hadis Riwayat Muslim)

Disebabkan mengharap untung yang banyak dalam masa yang singkat, para pembeli saham tidak peduli bagaimana nasib wang mereka seandainya perusahaan penerbit saham tersebut menutup laman webnya di Internet.
Ke mana wang yang dilaburkan itu harus dituntut? Adakah undang-undang yang melindungi keselamatan wang yang mereka laburkan itu? Kalau pembeli saham ditipu, ke pengadilan atau mahkamah mana mereka harus mengadu?
Semua ini tidak jelas, gharar.

ISU MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
Majlis Penasihat Syariah (DPS) atau Shari'ah Advisory Board dalam perusahaan penerbit saham memainkan peranan penting dalam menentukan segala perjalanan transaksi - apakah ia selari dengan ketentuan syariat ataupun tidak.

Setidak-tidaknya, ketika kita memilih untuk membeli saham halal, kita berpandukan kepada kepakaran DPS dalam menentukan halal tidaknya bisnes yang digeluti perusahaan itu.
Perusahaan penerbit saham menerusi Internet tidak memiliki DPS. Jadi, sangat mustahil bagi kita memastikan bahawa bisnes yang diterajui perusahaan itu sesuai dengan ketentuan agama.
Memang ada beberapa laman yang bersifat interaktif. Pembeli saham boleh menanyakan ke mana wang mereka akan dilaburkan.

Walaupun laman yang bersangkutan menjawab bahawa wang itu tidak dilaburkan di sektor-sektor yang diharamkan, siapakah yang mampu memastikan dan menjamin bahawa jawaban mereka benar?
Inilah sebabnya, setiap perusahaan penerbit saham harus memiliki DPS-nya sendiri yang berwibawa.
Selanjutnya, selain tidak memenuhi kriteria minimum nisbah kewangan dan membayar zakat, kegiatan perusahaan penerbit saham juga mengandungi elemen-elemen riba, gharar dan penipuan.

Atas teras inilah para ulama bersepakat bahawa membeli saham melalui Internet haram.
Hal ini selari dengan beberapa hadis berikut:
'Daripada Abu Muhammad al-Hassan Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah saw dan penawar hati baginda. Beliau berkata: Aku menghafal daripada Rasulullah: Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.'
'Daripada Abu Abdullah an-Nu'man bin Basyir katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (itu pun) jelas dan antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhah, banyak di kalangan manusia tidak mengetahuinya.'
'Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah, (maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.'
'Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah, dia akan jatuh kepada perkara yang haram.'

Wassalam.
http://cyberita.asia1.com.sg/
idhamhr@gmail.com

Tuesday, October 28, 2008

FATWA MUI ~ HAWALAH BIL UJRA

FATWA
DEWAN SYARI'AH NASIONAL
NO: 58/DSN-MUI/V/2007
Tentang HAWALAH BIL UJRA
Menetapkan : FATWA TENTANG HAWALAH BIL UJRAH

Pertama : Ketentuan Umum
Dalam fatwa ini, yang dimaksud dengan:

  1. Hawalah adalah pengalihan utang dari satu pihak ke pihak lain, terdiri atas hawalah muqayyadah dan hawalah muthlaqah.
  2. Hawalah muqayyadah adalah hawalah di mana muhil adalah orang yang berutang sekaligus berpiutang kepada muhal ’alaih sebagaimana dimaksud dalam Fatwa No.12/DSN-MUI/IV/2000 tentang Hawalah.
  3. Hawalah muthlaqah adalah hawalah di mana muhil adalah orang yang berutang tetapi tidak berpiutang kepada muhal ’alaih.
  4. Hawalah bil ujrah adalah hawalah dengan pengenaan ujrah/fee;

Kedua : Ketentuan Akad

  1. Hawalah bil ujrah hanya berlaku pada hawalah muthlaqah.
  2. Dalam hawalah muthlaqah, muhal ’alaih boleh menerima ujrah/fee atas kesediaan dan komitmennya untuk membayar utang muhil.
  3. Besarnya fee tersebut harus ditetapkan pada saat akad secara jelas, tetap dan pasti sesuai kesepakatan para pihak.
  4. Pernyataan ijab dan qabul harus dinyatakan oleh para pihak untuk menunjukkan kehendak mereka dalam mengadakan kontrak (akad).
  5. Akad dituangkan secara tertulis, melalui korespondensi, atau menggunakan cara-cara komunikasi modern;
  6. Hawalah harus dilakukan atas dasar kerelaan dari para pihak yang terkait.
  7. Kedudukan dan kewajiban para pihak harus dinyatakan dalam akad secara tegas.
  8. Jika transaksi hawalah telah dilakukan, hak penagihan muhal berpindah kepada muhal ‘alaih.
  9. LKS yang melakukan akad Hawalah bil Ujrah boleh memberikan sebahagian fee hawalah kepada shahibul mal.

Ketiga : Ketentuan Penutup

Jika salah satu pihak tidak menunaikan kewajibannya atau jika terjadi perselisihan di antara para pihak, maka penyelesaiannya dilakukan melalui Badan Arbitrase Syari’ah atau Pengadilan Agama setelah tidak tercapai kesepakatan melalui musyawarah. Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diubah dan disempurnakan sebagaimana mestinya.


idhamhr@gmail.com

HAWALAH

Assalamu'alaikum wr wb.
#Artikel ini menerangkan secara rinci konsep hawalah dalam Islam dan penerapannya dalam perbankkan Islam. Ternyata telah menjadi bahagian tak terpisahkan dalam transaksi perbankan. Silahkan simak...
salam


Secara bahasa hawalah atau hiwalah bermakna berpindah atau berubah. Dalam hal ini terjadi perpindahan tanggungan atau hak dari satu orang kepada orang lain. Dalam istilah para fukoha hawalah adalah pemindahan atau pengalihan penagihan hutang dari orang yang berhutang kepada orang yang menanggung hutang tersebut. Batasan ini dapat digambarkan sebagai berikut. Misalnya A meminjamkan sejumlah uang kepada B dan B sebelumnya telah meminjamkan sejumlah uang kepada C. Untuk lebih menyederhanakan persoalan, kita asumsikan bahwa hutang C pada B sama jumlahnya dengan hutang B pada A. Ketika A menagih hutang kepada B, ia mengatakan kepada A bahwa ia memiliki piutang yang sama pada C. Karena itu B memberitahukan kepada A dan ia dapat menagihnya kepada C dengan catatan ketiga-tiga orang itu menyepakati perjanjian hawalah dahulu.

Pengalihan penagihan hutang ini dibenarkan oleh syariah dan telah dipraktekkan oleh kaum Muslimin dari zaman Nabi Muhammad ZAW sampai sekarang. Dalam al-Qur’an kaum Muslimin diperintahkan untuk saling tolong menolong satu sama lain, lihat al-Qur’an : 5: 2. Akad hawalah merupakan suatu bentuk saling tolong menolong yang merupakan manifestasi dari semangat ayat tersebut.

Rasulullah SAW bersabda : “Menunda-nunda pembayaran hutang dari orang yang mampu membayarnya adalah perbuatan zalim. Dan apabila salah seorang dari kamu dipindahkan penagihannya kepada orang lain yang mampu, hendaklah ia menerima.” (H.R.Ahmad dan Abi Syaibah). Semangat yang dikandung oleh hadis ini menunjukkan perintah yang wajib diterima oleh orang yang dipindahkan penagihannya kepada orang lain. Karena itu menurut Imam Ahmad dan Dawud adh-Dhohiri orang yang dipindahkan hak penagihannya wajib menerima akad hawalah. Hanya saja jumhur ulama tidak mewajibkan hal itu dan menakwilkan kata perintah dalam hadis ini mempunyai kedudukan hukum sunnah atau dianjurkan saja, bukan sebagai suatu kewajiban yang harus diikuti.

Pada prinsipnya para ulama telah sepakat dibolehkannya akad hawalah ini. Hawalah yang mereka sepakati adalah hawalah dalam hutang piutang bukan pada barang konkrit.

Menurut madzhab Hanafi rukun hawalah ada dua yaitu ijab yang diucapkan oleh Muhil dan qobul yang diucapkan oleh Muhal dan Muhal alaih. Sedangkan menurut jumhur ulama rukun hawalah ada enam macam yaitu:
1. Muhil ( orang yang memindahkan penagihan yaitu orang yang berhutang).
2. Muhal ( orang yang dipindahkan hak penagihannya kepada orang lain yaitu orang yang mempunyai piutang).
3. Muhal alaih ( orang yang dipindahkan kepadanya objek penagihan).
4. Muhal bih (hak yang dipindahkan yaitu hutang).
5. Piutang Muhil pada Muhal alaih.
6. Shighot.

Dalam contoh di atas Muhil adalah B, Muhal adalah A dan Muhal alaih adalah C. Dalam akad hawalah Ijab yang diucapkan oleh Muhil mengandung pengertian pemindahan hak penagihan, umpamanya ia berkata kepada A : Aku pindahkan (hawalahkan) hak penagihanmu terhadap hutang saya kepada C. Sementara itu A dan C menyetujui dengan mengucapkan ” Kami setuju”. Dengan demikian akad hawalah tersebut dapat dilaksanakan dengan masing-masing pihak puas dan rela.

Persyaratan hawalah ini berkaitan dengan Muhil, Muhal, Muhal Alaih dan Muhal Bih. Berkaitan dengan Muhil, ia disyaratkan harus, pertama, berkemampuan untuk melakukan akad (kontrak). Hal ini hanya dapat dimiliki jika ia berakal dan baligh. Hawalah tidak sah dilakukan oleh orang gila dan anak kecil karena tidak bisa atau belum dapat dipandang sebagai orang yang bertanggung secara hukum. Kedua, kerelaan Muhil. Ini disebabkan karena hawalah mengandung pengertian kepemilikan sehingga tidak sah jika ia dipaksakan. Di samping itu persyaratan ini diwajibkan para fukoha terutama terutama untuk meredam rasa kekecewaan atau ketersinggungan yang mungkin dirasakan oleh Muhil ketika diadakan akad hawalah.
Persyaratan yang berkaitan dengan Muhal. Pertama, Ia harus memiliki kemampuan untuk melaksanakan kontrak. Ini sama dengan syarat yang harus dipenuhi oleh Muhil. Kedua, kerelaan dari Muhal karena tidak sah jika hal itu dipaksakan. Ketiga, ia bersedia menerima akad hawalah.

Persyaratan yang berkaitan dengan Muhal Alaih. Pertama, sama dengan syarat pertama bagi Muhil dan Muhal yaitu berakal dan balig. Kedua, kerelaan dari hatinya karena tidak boleh dipaksakan. Ketiga, ia menerima akad hawalah dalam majlis atau di luar majlis.

Persyaratan yang berkaitan dengan Muhal Bih. Pertama, ia harus berupa hutang dan hutang itu merupakan tanggungan dari Muhil kepada Muhal. Kedua, hutang tersebut harus berbentuk hutang lazim artinya bahwa hutang tersebut hanya bisa dihapuskan dengan pelunasan atau penghapusan.

Ada dua jenis hawalah yaitu Hawalah Muthlaqoh dan Hawalah Muqoyyadah. Hawalah Muthlaqoh terjadi jika orang yang berhutang (oarang pertama) kepada orang lain ( orang kedua) mengalihkan hak penagihannya kepada pihak ketiga tanpa didasari pihak ketiga ini berhutang kepada orang pertama. Jika A berhutang kepada B dan A mengalihkan hak penagihan B kepada C, sementara C tidak punya hubungan hutang pituang kepada B, maka hawalah ini disebut Muthlaqoh. Ini hanya dalam madzhab Hanafi dan Syi’ah sedangkan jumhur ulama mengklasifikasikan jenis hawalah ini sebagai kafalah.

Hawalah Muqoyyadah terjadi jika Muhil mengalihkan hak penagihan Muhal kepada Muhal Alaih karena yang terakhir punya hutang kepada Muhal.

Hawalah Haq adalah pemindahan piutang dari satu piutang kepada piutang yang lain dalam bentuk uang bukan dalam bentuk barang. Dalam hal ini yang bertindak sebagai Muhil adalah pemberi utang dan ia mengalihkan haknya kepada pemberi hutang yang lain sedangkan orang yang berhutang tidak berubah atau berganti, yang berganti adalah piutang. Ini terjadi jika piutang A mempunyai hutang kepada piutang B.
Hawalah Dayn adalah pemindahan hutang kepada orang lain yang mempunyai hutang kepadanya. Ini berbeda dari hawalah Haq. Pada hakekatnya hawalah dayn sama pengertiannya dengan hawalah yang telah diterangkan di depan.

Jika hawalah telah disetujui oleh semua pihak maka tanggungan Muhil menjadi gugur dan ia kini bebas dari penagihan utang. Demikian menurut jumhur ulama. Kedua, dengan ditandatanganinya akad hawalah, maka hak penagihan Muhal ini telah dipindahkan kepada Muhal alaih. Dengan demikian ia memiliki wilayah penagihan kepadanya.

Akad hawalah akan berakhir oleh hal-hal berikut ini :

Karena dibatalkan atau fasakh. Ini terjadi jika akad hawalah belum dilaksanakan sampai tahapan akhir lalu difasakh. Dalam keadaan ini hak penagihan dari Muhal akan kembali lagi kepada Muhil.

Hilangnya hak Muhal Alaih karena meninggal dunia atau bangkrut atau ia mengingkari adanya akad hawalah sementara Muhal tidak dapat menghadirkan bukti atau saksi.
Jika Muhal alaih telah melaksanakan kewajibannya kepada Muhal. Ini berarti akad hawalah benar-benar telah dipenuhi oleh semua pihak.

Meninggalnya Muhal sementara Muhal alaih mewarisi harta hawalah karena pewarisan merupakah salah satu sebab kepemilikan. Jika akad ini hawalah muqoyyadah, maka berakhirlah sudah akad hawalah itu menurut madzhab Hanafi.

Jika Muhal menghibahkan harta hawalah kepada Muhal Alaih dan ia menerima hibah tersebut.
Jika Muhal menyedekahkan harta hawalah kepada Muhal alaih. Ini sama dengan sebab yang ke 5 di atas. Jika Muhal menghapusbukukan kewajiban membayar hutang kepada Muhal Alaih.

Hanya untuk Pecinta Ekonomi Islam
idhamhr@gmai.com